Ramai
orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan
gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi
audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucap-
pengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku,
dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan
konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan
terus sesuatu ucapan. Walaubagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah
suatu penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh
dikawal dengan kaedah-kaedah berikut:
i.Sedarilah
bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap
Semua pengucap
yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada
merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti
yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa
kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda
bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi
kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan
adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa
lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan
kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa
yang hendak kita ucapkan seterusnya.
ii.Sebenarnya
kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa
Memang benar,
keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada
kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa
keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus
dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang
mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti
mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita
perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens,
daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin
lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh
mengambarkan kegugupan kita.
iii.Kegugupan
boleh dikurangkan dengan pengalaman
Memang tidak
dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke
paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang
itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin
yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens
atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi
pengalaman berucap.
iv.Audiens
hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan
kita
Satu lagi perkara
untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan
kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping
berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik
mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan
kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap.
v.Tumpukan
lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya
Apabilla kita
berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita
gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan
fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan
kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk
mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan ucapan
sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan
yang telah kita susunkan.
vi.Buat
persediaan yang secukupnya
Inilah
cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa
kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah
persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan
yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada
kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan.
vii.Gunakan
kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan
Terdapat beberapa
cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan
sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas
panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa.Kaedah-kaeadah
ini mungkin berfunsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan
tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran
perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap
secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk |