Ayam Panggang
Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak
bijan 2 senduk
besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka
hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak
bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau
lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
atas
Udang Masak Serai
Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng
setengah masak 4 batang
serai 100 gm cili
kering 100 gm bawang
merah 100 gm cili
merah 70 gm bawang
putih 70 gm halia
muda 3 sudu besar pati
asam jawa 30 gm belacan
bakar 100 gm pati
santan Garam dan gula
secukup rasa
Cara memasak:
- Kisar halus serai, cili kering,
bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
- Tumis hingga wangi dan masukkan air
asam jawa dan sedikit santan cair.
- Masak atas api sederhana hingga kuah
pekat
- Masukkan pati santan dan
udang.
- Masak hingga naik bau.
atas
Ikan Siakap
Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana
besar 3 sudu besar sos
tiram 2 susu besar sos
cili 2 susu besar sos
tomato 1 sudu
gula 4cm halia -
dimayang 3 ulas bawang
putih - dimayang 3 ulas
bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa
Cara memasak:
- Cuci ikan dan belah dua jangan
sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka
manis).
- Masukkan ikan dalam pinggan bujur,
tabur bahan yang dimayang tadi.
- Tuang ketiga-tiga sos
tadi.
- Kukus selama 10minit (hingga masak).
tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
atas
Ikan Masak
Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah -
dikisar 2 batang serai -
dititik 1 ulas bawang
besar - dimayang kasar 2
ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Ikan disiang, lumurkan dengan garam
dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama
tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah
berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan
gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
- Masukkan ikan yang telah digoreng
tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang
kasar, kacau hingga agak layu.
- Curahkan air perahan limau kasturi
sebelum dihidangkan.
atas
Ikan Kerapu Masak Asam
Manis
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah -
dikisar 5 ulas bawang
putih - dikisar 3cm
halia 1 batang serai -
dititik 1 helai daun
pandan 3 sudu cili
sos 1 sudu cili
giling Sedikit kunyit
hidup 3 sudu tomato
sos 3 cawan
air Sedikit cuka
masak Garam secukup
rasa
Cara memasak:
- Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba
$b!g (b dan goreng hingga rangup.
- Untuk sosnya,panaskan sedikit
minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai
sehingga bau naik.
- Masukkan cili giling dan
kunyit.kacau sehingga naik minyak.
- Masukkan air, tomato sos,cili sos
dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan
yang telah digoreng.
- Gorengkan bahan-bahan taburan dengan
sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper,
nanas dan timun.
atas
Ayam Masak Cendawan
Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2
jam 1 inci halia -
dihiris 1 biji bawang
besar - dihiris 6 ulas
bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram
Cara memasak:
- Ayam dibasuh dan dipotong
kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan
dipotong 4 (memanjang).
- Panaskan minyak dan tumis
halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan
buang. Kalau tak buang pun tak apa.
- Masukkan bawang besar, bawang putih
dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau
sekejap.
- Masukkan kicap dan sos tiram.
Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah
memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam
sedikit. Kacau.
- Selepas tu, masukkan air secukupnya
(dalam 2 cawan biasa).
- Bila dah mendidih baru masukkan
cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya
dalam 10 hingga 15 minit).
atas
Pajeri
Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga
lawang, pelaga) Sedikit
serbuk kunyit 4 biji
bawang merah ] 2 biji
bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula
sikit garam secukup
rasa Lada
merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan
dan ditoskan air
Cara memasak:
- Tumiskan rempah tumis tadi masukkan
bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk
kunyit.
- Kemudian masuk nenas yg dah siap tos
tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
- lepas tu masukla pulak lada dan biji
sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan
ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
atas
Mee
Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8
orang) 6 biji bawang
putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam
secukup rasa 6 biji cili
api 3 sudu besar tepung
jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby
corn)
Cara memasak:
- Tumiskan bawang putih dan cili
api.
- Kalau dah garing letakan rencah,
kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
- Masukkan sos tiram setengah botol
kecil.
- Kemudian masukkan air tepung jagung
utk pekatkan kuah.
- Masukkan sayur2 an dan
mee.
atas
Ketam
Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang
kulit yang keras tu dan dibelah dua. 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili 3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak
besar sepotong
halia sebiji
telur garam sedikit
gula sedikit minyak
untuk menumis bawang
besar
Cara memasak:
- Tumbuk cili, bawang putih, bawang
merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
- Masukkan secawan air
- MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga
10 minit
- Masukkan segala sos, gula dan garam
secukup rasa
- Bila semua dah nampak macam sebati,
masukkan telur yang dah dipukul,
- Kacau cepat-cepat supaya telur tak
berketul.
atas
Ayam Kepak Masak
Minyak Bijan
Bahan -bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke
apa2 lah Sesame
oil/Minyak bijan Serbuk
lada hitam Fish
sauce/Sos ikan Bawang
putih 5 ulas ( Potong nipis2) Sos tiram
Cara memasak:
- Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak
bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase).
Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1
jam.
- Sejam kemudian angkat, taburkan
serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan).
- Panaskan oven, Masukkan dalam oven
lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan
terhadap ketul ayam tadi.
atas
Nehari (Kari Kambing
Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam
masala 4 ulas
bawang putih dicincang halus 2 cm halia dicincang halus sedikit
garam 2 camca
kecil serbuk cili 1 camca besar serbuk ketumbar 1/2 camca kecil serbuk buah
pala 1 camca besar
serbuk jintan kasar 1 camca besar paparika 4 labu bawang besar dihiris
nipis 1kg daging
kambing didadu ( Bahagian kaki ) 150ml Tairu 2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai
lembut dan dimesin 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau
dihiris Minyak
Vesawit untuk menggoreng Air secukupnya Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Gaulkan daging kambing dengan
sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari
periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai
kuning dan garing lalu di masukkan semula daging
tadi.
- Masukkan semua bahan-bahan yang lain
ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10
minit.
- Masukkan air dan Dhal didihkan
sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili
hijau.
atas
Ikan Tiga
Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap /
kerapu sedikit
bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar
Cara memasak:
- Goreng ikan (spt biasa) garing /
separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
- Tumis bawang putih (naik bau) + bhn
kisar
- Masukkan semua sos tadi, gula, garam
dan sedikit air
- Tuang atas ikan
atas
Ikan Pari
Lemas!!!!
Bahan A:
1 bahagian ikan pari yang telah di
potong (sederhana besar) - di basuh bersih - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di
muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4
helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar
macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari
tu. - letak ikan
pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu
releks)
Bahan B:
5 biji bawang putih di hiris nipis dan
dipotong memanjang (macam batang mancis) 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang
halus 2 batang
serai di mayang halus 1 helai daun limau purut di koyak empat
25 biji cili padi di mayang
halus halia
sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong
memanjang 1biji
cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu besar minyak
masak 2 sudu besar
sos minyak ikan sedikit ajinamoto 1/2 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil gula
Bahan C:
10 biji limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul
sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah
keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15
minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu
kukus/bakar selama 20 minit
atas
Tandoori
Kurau
Bahan-bahan:
3 keping ikan kurau
1 biji liamu purut
1 sudu besar halia (dicincang
halus) 2 biji
bawang putih (dicincang halus) 5 sudu besar yoghurt
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk
ketumbar 10 gm
jintan halus Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan lada hitam secukup
rasa 2 sudu besar
minyak sapi
Cara:
- Gaul bawang putih, halia, yoghurt,
serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah
mangkuk.
- Ikan kurau dibersihkan dan perap
sekurang-kurangnya tiga jam.
- Setelah itu, sapu sedikit minyak
sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
- Hidangkan bersama roti atau
nasi.
atas
Tom
Yam
Bahan-bahan:
Ayam - 1/4 ekor (dipotong
kecil) Daging -
250 gm (dipotong kecil) Udang - terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan Halia
3 inci Bawang
merah 6 ulas Cili
api 20 biji
(seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak masak - 1/5
cawan Serai - 6
btg serai (diketuk) - lebih pun boleh Lobak merah - 2 btg
(dipotong) Bunga
kubis - 150 gram Putik jagung - 2 bungkus Tomato - 3 biji (potong 4)
Bawang besar - 3 biji (potong
4) Daun limau
purut - 3 atau 4 helai Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok
(potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk
tambahkan kepedasan) Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu Air Garam Bahan perasa - jika berminat
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam periuk, dan
tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
- Masukkan juga serai yang telah
diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah dipotong.
Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu
!
- ditambah, hanya utk menyempokkan
daging.
- Bila daging telah empok, masukkan
ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air
tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk
tu.
- Masukkan udang jika berminat. Masak
lagi hingga air mengelegak.
- Masukkan lobak merah, putik jagung
dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah
diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas
hati).
- Masukkan jua... tomato dan bawang
besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika
berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api.
- Akhir sekali masukkan perahan air
limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
atas
Nasi Ayam
Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap
Camel) Minyak
Bijian Bawang merah 1 biji Bawang putih 3 biji 1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
1 sudu besar garam
1 sudu kecil
Ajinamoto Sedikit
lada putih
Cara memasak:
- Rebus ayam sehingga masak. Pastikan
ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan
chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat
ditembusi.
- Toskan ayam tersebut dan letak atas
pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian
sewaktu ayam masih panas.
- Biar ayam sejuk sehingga kita nampak
minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan
daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika
panas.
- Air rebus ayam digunakan dalam
memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air
rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras
beras)
- Tumiskan halia, bawang putih dan
bawang merah (Jangan terlalu garing).
- Masukan tumisan tersebut ke dalam
periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
- Biar nasi ayam masak dan sajikan
selepas setengah jam.
atas
Mee
Rebus
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning -
celur
Bahan sayuran:
50 sen Taugeh -
celur Sedikit daun
sup - hiris nipis Sedikit daun bawang - hiris nipis Bawang goreng 4 keping tahu di goreng dan dihiris
nipis. 5 biji Cili
hijau - dihiris nipis Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk
menumis 4 sudu
cili kering yang di kisar 3 biji bawang merah - kisar 3 sudu lengkuas yang di
kisar 4 batang
serai dikisar halus 2 biji bawang putih - kisar RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi
sedap. 300gm udang
hidup - direbus dan kisar halus 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender
halus 3 sudu gula
atau secukup rasa garam secukup rasa Sedikit ajinomoto 4 sudu sos tomato Air - agak-agaklah
Cara memasak:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih,
lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga
naik minyak dan berbau wangi.
- Masukkan udang hidup yang dikisar
dan air rebusannya sekali.
- Masukkan keledek yang telah dikisar
dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos
tomato.
- Biarkan mendidih dan siap untuk di
hidang dan dimakan.....
atas
Gulai Tempoyak Ikan
Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong
dua) 1 ikat taugeh
kasar 1 cawan
tempoyak 1 batang
serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam
Cara memasak:
- Masukkan ikan yang telah dicuci ke
dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah
dititik.
- Tempoyak dibancuh dengan sedikit air
supaya tidak terlalu pekat.
- Masukkan serbuk kunyit dan
garam
- Apabila mendidih, masukkan taugeh.
Sedia untuk dihidang.
atas
Ayam Golek Seri
Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
(dibersihkan) 300
gm bawng merah (dikisar halus) 5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping
asam gelugur 2
biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Satukan bawang merah, serai, serbuk
kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar,
kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20
minit.
- Apabila kuah hampir pekat, masukkan
ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh
masak.
- Angkat ayam kemudian panggang di
atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam
sambil disiram kuah yang selebihnya.
- Bila masak, bolehlah dihias mengikut
citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman,
atas
Kari Kepala
Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia
(dikisar) 30 gm
bawang putih (dikisar) 50 gm cili kering (dikisar) 50 gm ketumbar 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk
kaskas 10 gm
serbuk lada putih 40 gm serbuk kunyit 1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang
bendi 6 biji
terung
Cara memasak:
- Tumiskan bawang, halia dan cili
kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air
asam jawa.
- Kacau sehingga terbit minyak.
Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati.
- Masukkan pula terung dan bendi,
tunggu hingga separuh masak.
- Setelah hampir masak, masukkan pula
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
atas
Black Pepper
Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang
pinang) 5 ulas
bawang merah 2
ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh
lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal
1/2 inci) 1/2
cawan kicap manis 1 cawan air 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4
inci) 1/2 cawan
cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah
siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 1 biji buah tomato (dibelah 4 atau
6) 1/2 sudu teh
tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan
kuah) 1/2 sudu teh
gula atau secukup rasa 2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
- Daging dihiris lebar dan setebal 1/2
inci. Bersihkan dan ketepikan.
- Kisar halus bawang merah, bawang
putih, halia dan lada hitam.
- Masukkan daging, bahan dikisar,
lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang
dalam.
- Masak atas api sederhana / kecil
sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika
perlu).
- Sementara daging dimasak, goreng
bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini
dengan buah tomato.
- Apabila daging dah empuk, masukkan
bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran
tepung jagung dan gula secukup rasa.
- Masak atas api kecil selama 3 - 5
minit lagi.
- Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic
toast" dan french fries.
atas
Gulai Tempoyak Ikan
Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong
dua) 1 ikat taugeh
kasar 1 cawan
tempoyak 1 batang
serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam
Cara memasak:
- Masukkan ikan yang telah dicuci ke
dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah
dititik.
- Tempoyak dibancuh dengan sedikit air
supaya tidak terlalu pekat.
- Masukkan serbuk kunyit dan
garam
- Apabila mendidih, masukkan taugeh.
Sedia untuk dihidang.
atas
Asam Pedas Tumis
(Melaka)
Bahan-bahan:
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan
parang 7/8 ulas
bawang merah 2
ulas bawang putih sebesar ibu jari kaki belacan kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga
gunakan kunyit serbuk) air asam jawa cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih
sedap) 2 sudu
besar kerisik(kelapa goreng) sedikit halba sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)-
agak-agak kuah dan ikan banyak mana. garam secukup rasa perasa ajinomoto jika suka.
Cara memasak:
- Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk
lumat.
- kemudian masukkan bwg merah
...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan
juga.
- Panaskan periuk dan minyak untuk
menumis.
- Setelah minyak panas masukkan halba
(lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau
wanginya.
- Masukkan bawang
merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk
tadi.kacau.
- Masukkan cili yang telah
diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau
sebati masukkan kerisik.
- Tumiskan dengan api sederhana
sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah
hitam.
- Setelah garing masukkan air asam
jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan
ikan.
- Kacau biar bahan tumis tadi sebati
ngan kuah.
- Masukkan ikan.kemudian masukkan
halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris
halus.
- Didihkan kuah...masukkan garam dan
perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam
kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah
ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan
tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit)
jika tak tak sedap...
atas
Soto
Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut
suka 3 biji bawang
besar (potong 4) 5
ulas bawang putih (di ketuk je) 2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak
kisah) sedikit
kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis)
Cara memasak:
- Semua bahan A nie hendaklah
direbus
- Bila ayam dah empuk dan semua bahan
tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang
merah
Cara memasak:
- Bawang ni di goreng dengan minyak
baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak
sangat
- Bila dah kuning tuangkan bawang ngan
minyak tu kedalam sup yang dah masak tu.
- Tutup periuk sup supaya naik bau
wangi bawang.
Bahan c
Daun sup dan daun
Bawang Di potong
dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau
nipis 2 belah) 2
ulas bawang putih kicap sikit gula
Cara:
- Tumbuk cili ngan bawang putih , bila
dah lumat
- Masukkan dalam mangkuk, selepas itu
tuang kicap, gula dan perahkan limau.
- Sedia untuk dimakan .
atas
NASI
PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih
panas 1/2 kilo isi
ayam/daging 6 biji
cili api, dihiris 3 ulas bawang merah, dimayang halus 2 ulas bawang putih,
dimayang 1/2 btg
serai dihiris 5
sudu sos cili 2
sudu sos tomato 1
sudu sos tiram 3
btg kacang panjang dipotong 2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak
masak
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bawang
merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos
cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak,
masukkan isi ayam/daging.
- Masukkan garam secukup rasa kemudian
kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit.
hidangkan.
atas
Nasi
Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan
beras pulut + 2 cawan beras biasa) 2 cawan santan pekat
4 cawan santan
cair 2 sudu besar
halba 10 ulas
bawang merah kecil, mayang halus 6 ulas bawang putih, mayang
halus 1½ inci
halia, dihiris halus (seperti batang mancis) Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
- Didihkan air didalam periuk
kukusan
- Gaul beras dan santan cair dengan
sedikit gula dan garam
- Alaskan kukusan dengan kain kapas
yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas
pengukus
- Masukkan beras yang sudah bersantan
kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
- Keluarkan beras yang sudah masak,
masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
- Semasa masih panas panas, gaul
rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah,
bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan
garamnya.
- Hidang panas-panas bersama kuah dan
sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi
dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana
besar 5 keping
asam gelugor 2
inci halia, ditumbuk kasar 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk
kasar Sesudu makan
garam dan sesudu teh gula Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan
seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji
kelapa 3 keping
asam gelugor 5 ulas
bawang merah kecil, ditumbuk 4 ulas bawang putih,
ditumbuk 1 inci
halia, ditumbuk Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak
suka pedas, tinggalkan) 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam
jawa. 2 sudu makan
gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil
"manisan") Garam
secukup rasa Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan
renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan
ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia,
sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga
keluar minyak Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan
(ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan
mendidih Masukkan
santan pekat dan asam gelugor Bila mendidih masukkan gula
merah Masukkan
garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam
gelugor) Biarkan
renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi
dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai
sehingga perang 4
sudu makan gula kabung (manisan) Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya
sahaja
Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi
sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu
manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan
tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar
timun.
atas
Mee Bandung Muar
(resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan
rebus, toskan) 1
labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan
secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style
Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong
nipis) Sawi
(sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris
kasar) ¾ - 1 cawan
gula pasir 3 - 4
cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah
hidangan) Garam
secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs,
sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual
preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka
(dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa
apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili
sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang
pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu
yang spoil tu.
Cara memasak:
- Blend cili kering, udang kering
& air rebusannya, gula, bawang putih & bawang
merah.
- Pijarkan sedikit minyak didalam
kuali
- Tumiskan bahan bahan yang dikisar.
Jangan sampai garing
- Masukkan sos
tiram
- Masukkan udang, daging rebus (dan
bahan no. 15 jika ada).
- Masukkan batang sawi dan air rebusan
daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni
tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh"
sepinggan-sepinggan.)
- Ambil sedikit kuah (dan rencahnya
untuk satu orang makan)
- Panaskan kuah dan masukkan sebiji
telur, sehingga separuh keras.
- Masukkan sayur dan bila agak lembut,
masukkan mee kuning untuk satu orang makan
- Masukkan kedalam mangkuk leper,
telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika
suka.
- Hidangkan.
atas
Gulai nenas ikan
kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan
kering 1 biji
nenas Isi / tulang
ikan talang kering Santan garam bawang merah daun kari minyak untuk menumis
Cara memasak :
- Ikan talang
direndam.
- Rebus nenas yang telah dipotong
bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api
sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan
mendidih.
- Ketepikan. Garam bubuh
kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang
tersebut.(Rasa dulu)
- Bawang merah dimayang kemudian
ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
- Setelah garing masukkan bawang
bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
- Kacau sebentar kemudian tutup periuk
tadi.
- Siap dan boleh
dimakan.
atas
Ayam Bercili masak
ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit
gaulkan Sedikit
garam 6 biji
bawang kecil 3
ulas bawang putihditumbuk lumat sedikit halia 4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin
halus 4 sudu besar
cili mesin/cili boh 2 asam keping
Cara memasak:
- Goreng ayam sehingga garing. Setelah
garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
- Tumiskan bahan yang telah ditumbuk
lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak
minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
- Masukkan cili mesin/cili boh
sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ketumbar dan
jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air
(Gunakan api yang sederhana).
- Masukkan asam keping, sedikit
garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi
dan gaulkan. Hidangkan
atas
Ayam Masak Lomak Cili
Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging
biasa (ayam bandar)) 30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh
kurangkan sikit) 1
inci kunyit hidup 2-3 batang serai (dititik) santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk
ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
- Tumbuk cili api + kunyit hidup +
bawang putih & merah selumat2nya..
- Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam
didlm kuali beserta serai yang dititik
- Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi
supaya mesra hingga kering airnya
- Masukkan santan dan kacau supaya
tidak terbit minyak
- Perisakan dgn garam (serbuk perasa
tak perlu..nanti tak pure)
- Tunggu hingga kuah menggelegak dan
lepas tu bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, boleh masukkan
selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat
empuk.
atas
|